CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 25, 2009

memasuki zon2 tertentu

kini bersedia untuk menempuh zon selesa di rumah. Dengan peralatan2 perang seperti laptop, Quran, bangun awal, solat sunat, mesej sahabat2 dan beberapa peralatan sulit (dirahsiakan), saya tahu tak mustahil untuk melawan godaan2 jahiliah ni..

Buat teman2 di luar sana, selamat bermujahadah!

Wednesday, June 17, 2009

pertengahan JUN = kek

``Kek untuk kalian..Nanti tuntut dari empunya blog eh..bole je.

Sempena 2 minggu menjak nie, saya berbesar hati mengabadikan kenangan dalam blog ni dengan ucapan ~Selamat Hari Lahir~ kepada dua orang teman yang berkongsi tarikh lahir yang sama.

Friday, June 12, 2009

praS_ _ _ _ _


Menangkis prasangka dari menyusup ke hati bukan mudah. Sukar, tapi marilah kita sama2 ber'husnu zon' ya..

Tetapi, lagi-lagilah amat penting untuk mengelakkan diri daripada sebarang situasi @ keadaan yang boleh membawa prasangka dalam diri orang lain.

Kadang kala, bukan silap orang itu untuk menaruh prasangka terhadap kita kerana kita sendiri yang meletakkan diri dalam keadaan yang buruk, membuat orang lain sangsi dengan peribadi kita.

InshaALLAH, sama2 yuk kita usahakan. Gambate!

ingatkan diri sendiri

terpegun diri sejenak. Alamak, biar betul?  Sia-sialah usaha selama ni. Sudahlah ini mungkin yang terakhir bagi kami. Tiba-tiba..

*bukanlah kamu yang memberikan hidayah padanya, tapi hidayah kekal hakmilik Allah*

Papp!! Terpukul..

Tuesday, June 9, 2009

Simpati untuknya

Saya lihat insan itu begitu kesian. Sangat mendambakan kehadiran Penciptanya. Seringkali saya lihat insan itu termenung; mencari sisa kasih NYA yang tak kunjung tiba. Bila saya amati betul2, bukanlah salah Pencipta itu kerana tidak memberikan kasihNYA, tapi insan itu sebenarnya buta untuk melihat kasih Sang Pencipta.

Entah kali keberapa, saya mencuri pandang lagi. Kesian insan itu. Ke sana, ke mari mengharapkan usaha kecilnya berjaya mengumpan Pencipta untuk merenjiskan kasihNya yang mahal sekali. Insan itu betah menaiki tren di pagi, petang hari. Insan itu berani bersendiri mengasingkan diri dari sekalian makhluk. Semuanya kerana insan itu begitu kesian sekali mengutip sisa kasih Sang Pencipta kalau2 ada direnjiskan ke sana ke mari.

Saya menghela nafas. Penat mengamati insan itu. Dia tak pernah berhenti mengumpan, kerana tak jemu mencari. Lalu saya hadirkan diri di sisinya lantas bertanya, “Ke mana engkau pergi semasa Pencipta mencurahkan kasihNYA dulu?”. Tergamam insan itu. Saya tahu dia kesal dengan sikapnya tapi saya gembira dia masih inginkan kasihNYA. Lantas saya berdoa padaNYA agar menyatukan hati saya dan insan itu supaya sama2 merasa nikmat kasihNYA.

Sebelum saya berpaling pergi, insan itu memandang saya. Dia tersenyum haru. Jangan lari lagi, jerit saya padanya sebelum mengorak langkah ke hadapan. Saya pasti destinasi ini!

Friday, May 29, 2009

tombo hati

April 30, 2009 by ar-rumaisa 

Ada masanya kita merasa sendirian dalam ramai. Kita merasa gelisah walaupun ketika tiada masalah. Kita terasa sunyi walaupun teman-teman dan keluarga ada di sisi. Kadangkala kita inginkan sesuatu yang kita sendiri pun tidak tahu apa bendanya. Ketika segalanya sudah dimiliki dan sudah lebih dari cukup, kita masih lagi belum merasa puas. Dalam kegembiraan, jauh di sudut hati, masih merasa kekosongan. Pernahkah begitu?

Kata seorang syeikh…

Itulah tandanya manusia memerlukan Tuhan. Itulah buktinya jiwa ini sedang merindukan Rabbnya. Jikalau dicurahkan seluruh nikmat dunia ini kepadanya, belum juga akan dapat diubati kekosongan jiwa itu. Ibnu Qayyim al-Jauzi telah menuliskan:

“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah azza wajalla. 

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah beserta ketulusan hubungan denganNya.

Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

Di dalam hati juga ada suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya matlamat dan cita-cita.

Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang takkan pernah terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya.

Bahkan jika hati ini DIBERI DUNIA SELURUHNYA BESERTA SEGALA ISINYA, keperluan itu tetap tidak terpenuhi selagi tidak mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..”


alangkah benar…
Tetapi kita selalu lambat. Selalu ingin mencuba penawar yang lain terlebih dahulu untuk mengubati kegelisahan itu. Selalu ingin mencari jawapan di tempat lain. Selalu mengharapkan ketenangan dari cara yang lain. Jikalau gembira, akan diceritakan kepada manusia dahulu. Jikalau ada masalah yang datang, juga akan diluahkan kepada manusia dahulu. Jika tidak tahu, akan bertanya kepada manusia dahulu. Alangkah jauhnya pencarian tempat mengadu. Sedangkan hakikatnya kegembiraan mahupun kegelisahan itu adalah satu panggilan. Kepada hati yang mungkin sudah lama menyimpang.

Maka kembalilah kepada Allah. Dia yang melakar suhuf perjalanan qadar kita. Dia Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana.

“Allahumma, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkanMu. Engkau yang menciptakanku dan aku hambaMu. Dan aku ini dalam perjanjian denganMu, dalam ikrar kepadaMu, (yang akan ku penuhi dengan) seberapa dayaku. Dan aku berlindung kepadaMu, dari segala kejahatan yang telah kulakukan. Dan aku mengakui nikmatMu kepadaku. Dan aku mengakui dosaku. Maka ampunilah diriku, kerana tiada yang dapat mengampuni dosa-dosa melainkanMu.”
(bacaan Al-Mathurat, himpunan doa Rasulullah saw)


mari datang dekat

May 17, 2009 by ar-rumaisa 

Hari ini masih ramai orang yang suka pada islam, pakai baju islam, berhias dengan accesories islam, mempunyai nama islam, menyokong pihak yang mendokong islam dan suka juga untuk merasa membawa islam. Alhamdulillah, golongan ini mesti diramaikan lagi bilangannya, dengan apa cara sekalipun. Buatlah apa-apa majlis, aktiviti, iklan, design, rancangan tv, kelab, buku, majalah, radio, kempen, poster, untuk mempromosikan islam sehebat-hebatnya untuk menyeru manusia kepada cahaya islam dan beriltizam dengannya.

Namun, di sebalik semua penampilan islamik itu, mungkin masih banyak ruang-ruang dalam diri kita (yang sudah minat pada kebaikan & suka pada islam ini) yang masih tidak disentuh, tidak dijamah dan belum diresapi betul-betul oleh pewarna islam. Kadangkala apabila bersahabat, apabila semakin rapat, banyak pula hal ’tidak cantik’ yang tersingkap. Aduh! Adakalanya hingga dapat menimbulkan fitnah pula. =(

Betapa mudahnya lidah mengatakan kalimat Islam, namun alangkah sulitnya menancapkan Iman di dalam hati. Kebanyakan ucapan lidah tidak sesuai dengan keyakinan hati. Bahkan lebih banyak lagi ungkapan lisan yang tidak seiring dengan amal perbuatan.

Seorang mukmin yang jujur adalah seorang yang seiring perkataannya dengan keyakinan hatinya, dan selari juga perkataannya dengan amal perbuatannya. Dari luar, dari kaca mata manusia, dia kelihatan seperti seorang yang baik. Hakikatnya, di belakang, di sebalik pengetahuan orang, dia adalah jauh lebih baik lagi! …lantaran begitu banyak amal soleh yang disembunyikan.


Justeru apabila bersamanya, maka banyaklah percikan keimanan & amal soleh yang terserlah tanpa sengaja, mutiara hikmah yang dapat diambil darinya. Semakin dekat, semakin harum. Dengan itu, dia akan kian menghampiri qudwah yang ditinggalkan oleh baginda Rasulullah s.a.w….. iaitu seorang manusia yang semakin dikenali, semakin nampak kesempurnaannya. Apakah kita sedemikian? Atau apakah kita sebaliknya…. semakin didekati, semakin nampak kecacatan?

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada di dalam dada. Mengetahui mata yang tidak jujur dan suara yang disembunyikan di lubuk jiwa. Mengetahui yang munafik dari yang mukmin, yang dusta dari yang benar. Cuma terserah pada kehendakNya untuk mendedahkan rahsia-rahsia itu kepada manusia lainnya, melalui amal perbuatan mahupun kata-kata diri kita sendiri juga. Sabda Rasulullah saw, dari Anas bin Malik,

“Tidak lurus keimanan seseorang kecuali sehingga lurus hatinya, dan tidak lurus hati seseorang sehingga lurus pula lisannya.” (Hadith Riwayat Ahmad)

Namun pastilah bukan tanggapan manusia yang kita bimbangi, tetapi tidak lain tidak bukan adalah pandangan Allah azza wajalla, Tuhan semesta alam kepada diri kita yang kerdil ini. Semoga Allah mengampunkan kita! Di atas timbunan dosa-dosa yang kita sesali itu, kita bertaubat dan berterusan berdoa agar masih termasuk dalam angkatan mukmin jujur yang menjadi pilihanNya untuk membawa seruan risalah Islam kepada dunia, dan moga akan terus terpilih untuk mendapat berita gembira ke syurgaNya.

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyeru berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar, dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu.” (Surah At-taubah: ayat 112)